Sejarah Sekolah


https://yeb8205.1bestarinet.net/app/file/asset/1EF72AE820030930B639CF0256278C0379C4808C5F2072E7.jpg?width=1920&height=0&scale_mode=fill

SEJARAH SEKOLAH
   1964
SMK Serian ditubuhkan, bertapak sementara di SRB St. Teresa, Serian.
Dirasmikan oleh M.C Dickson, Pengarah Pelajaran Sarawak.
Encik Joseph Kuek Hong Ewe merupakan Guru Besar pertama.
Hanya mempunyai 3 orang guru, 1 kelas peralihan dan 1 kelas tingkatan satu.
Bilangan pelajar ialah 80 orang yang terdiri daripada 50 orang pelajar asrama dan 30 pelajar harian.   
https://yeb8205.1bestarinet.net/app/file/asset/1FCD22C52003025C7EEBCF51C85A340F95E604DC2816549D.jpg?width=1920&height=0&scale_mode=fill
1968
Encik Jacob V. Sebastian mengambil alih tapuk pentadbiran.
Bilangan pelajar meningkat kepada 550 orang.
SMK Serian dinaikkan menjadi sekolah menengah atas.
Kumpulan perintis menduduki Senior Cambridge Examination. 
https://yeb8205.1bestarinet.net/app/file/asset/216572E22003090B75730F1541FE260D1901E5BCEBDE1073.jpg?width=1920&height=0&scale_mode=fill
https://yeb8205.1bestarinet.net/app/file/asset/2127D96920030FA6E8E8BFE84646760DA7FEC0BC403AA944.jpg?width=1920&height=0&scale_mode=fill
1972
Lawatan rasmi Y.A.B Datuk Hj. Abdul Rahman Ya’kub, Ketua Menteri Sarawak pada 23 September 1972 sempena upacara pembukaan rasmi bangunan–bangunan baru.
1973
 Bilangan pelajar meningkat kepada 1075 orang dengan 40 orang guru.

1974
 Pembinaan bangunan–bangunan baru termasuk blok pentadbiran, perpustakaan, blok makmal Sains dan SRT, flet guru, asrama lelaki dan kantin.
Bilangan pelajar kini seramai 1315 orang.
05-07 Ogos 1974 - SMK Serian menyambut Ulang Tahun Ke–10 dan dirasmikan oleh Encik Ong Boon Lim, Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak. Pameran, jualan dan pertunjukan kebudayaan diadakan.
1975
Bangunan–bangunan baru diguna. Kelas dua siding diperkenalkan memandangkan bilangan pelajar kian meningkat.

Dua buah asrama ala rumah panjang berbumbung atap nipah dibina untuk penghuni lelaki dan perempuan.
1976
Encik Phang Chung Shin menjadi Pengetua (April 1976).

Nama–nama asrama ditukar daripada warna kepada negara–negara Asia.
https://yeb8205.1bestarinet.net/app/file/asset/2D53AFBF200307BB39821F20684101028D41456C203CC29A.jpg?width=1920&height=0&scale_mode=fill
1977
Sebuah lagi asrama ala rumah panjang dibina untuk lelaki.
Bumbung asrama Nepal dan Malaysia ditukar kepada asbestos. 05.04.1977 - 3 orang pegawai UNESCO, Paris, melawat SMK Serian. 28.07.1977 - Lawatan rasmi Y.B. Tuan Hj Salleh Jaffaruddin, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ke SMK Serian.
1978 
Encik Wilfred Nissom menjadi Pengetua selama sebulan.
Mei 1978 - Encik Fong Chee Hung mengambil alih tapuk pentadbiran.

Bilangan guru ialah 78 orang dan pelajarnya ialah 2045 orang.
Seorang Volunteer Service Overseas (VSO) dari England berkhidmat di sekolah ini. 
1979
Rumah–rumah sukan mendapat nama baru sempena 7 bahagian Sarawak selepas dinamakan mengikut warna.
1980
4 buah kelas aliran Bahasa Malaysia dibuka untuk Tingkatan 4.
Pembinaan Klinik Pergigian Sekolah.
Penubuhan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia.
27 Jun 1980 – Dato’ Abdul Rahman Hj. Arshad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melawat SMK Serian.
1981 
Klinik Pergigian Sekolah mula beroperasi.
Perutusan–perutusan dalam Majalah Sekolah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
Asrama Nepal runtuh sendiri.
4 orang pelajar mewakili Negeri Sarawak dan telah menjuarai Kuiz Sejarah Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Johor Bahru.
Seramai 173 orang pelajar SMKS menduduki peperiksaan SPM buat julung kalinya.   
https://yeb8205.1bestarinet.net/app/file/asset/2E0C14B42003019452606FEC18F02D03210FDD4C835229F2.jpg?width=1920&height=0&scale_mode=fill
https://yeb8205.1bestarinet.net/app/file/asset/2F1AFE6F2003028CBFD2EF7FF2DB0A0973A1BBECE801F120.jpg?width=1920&height=0&scale_mode=fill
1982
15 Jan 1982 – Lawatan rasmi Y.B. Datuk Sulaiman Hj. Daud, Menteri Pelajaran Malaysia.
16 Feb 1982 – Lawatan rombongan Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah.
Kawasan sekolah dipagar.
1983
Dinding kayu Dewan Makan digantikan dengan dinding konkrit.
Keputusan peperiksaan SPM 1983 – mendapat tempat ketiga terbaik di peringkat Sarawak.
Bidang sukan – 3 pemain mewakili Bahagian Pertama dalam Pertandingan Piala Emas Yayasan Sarawak, 3 lagi menyertai MSS Sarawak dan seorang mewakili Sarawak di peringkat Kebangsaan.
1984
14 Jan 1984 - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan.
25 Jan 1984 – Lawatan Professor D.D. Bernard – WHO Consultant , Dental Services – University Of Sydney, Australia.
26 Ogos 1984 – SMK Serian menyambut Ulang Tahun Ke–21 dan dirasmikan oleh Encik Ong Boon Lim, Timbalan Pengarah Pelajaran 1 Sarawak. Berbagai–bagai pameran dan jualan diadakan.
Bangunan–bangunan ‘Projek Kilat’ dibina, terdiri daripada 1 blok bilik darjah, 2 blok asrama perempuan dan 2 unit tandas.
1985
Sebuah asrama konkrit 2 tingkat untuk pelajar perempuan dibina di tapak bekas Asrama Nepal.
Majalah ‘The Triad’ Edisi ke – 20 ditukar nama kepada 'Berdikari’. Kandungan majalah juga mula disiarkan dalam Bahasa Malaysia.
26 April 1985 – Lawatan Rasmi Y.B. Tuan Hj. Bujang Hj. Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
1987
2 Feb 1987 – Seorang wanita veteran dalam bidang pendidikan, Puan Hajah Rohani Hj. Munir mengambil alih tugas jawatan Pengetua daripada Encik Fong Chee Hung.
13 Okt 1987 – Lawatan Datuk Wira Abdul Rahman Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 
 1989 
Bilangan pelajar – 2098 orang dengan 92 orang guru.
Bangunan KBSM 3 tingkat dibina. 2 kelas Tingkatan 6 Rendah aliran sastera diperkenalkan, terulung di Daerah Serian.
2 Jan 1989 – Jawatan Penolong Kanan (HEM) diperkenalkan dengan Encik Joseph Junting memegang jawatan ini.
1990 
Peperiksaan STPM calon sekolah buat pertama kali diadakan di SMK Serian.
Tan Kai Wang menyertai SUKMA 3 di Kuching, ABC Champion Cup di Jakarta dan Kejohanan Belia Asia Bawah 20 tahun di Nagoya, Jepun. Chai Lee Choo menyertai Kejohanan Olahraga MSSM Ke – 32 di Kuantan, Pahang.
10 Okt 1990 – Lawatan Kontinjen Permainan Perbatasan Malaysia / Indonesia.
23 Okt 1990, Lawatan Encik Harry K. Go dari World Bank Mission sempena projek pembangunan sekolah yang bernilai RM2,385,082.
1991 
Bilangan guru ialah 100 orang dengan 2175 orang pelajar.
Asrama–asrama dan surau lama dirobohkan untuk membuka jalan kepada pembinaan blok kelas 3 tingkat, 2 buah asrama lelaki dan flet guru.
18 Jan 1991 – Lawatan Rasmi Datuk Asiah Abu Samah, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 1 Malaysia bersama rombongannya.
PIBG menerima sumbangan sebanyak RM5000.00 daripada Y.B. En Federick Bayoi Manggie untuk pembinaan Studio Seni Lukis.
9 Ogos 1991 – Lawatan rombongan Pegawai Pendidikan dan Pengetua dari Perak.
11 Sept 1991 – Lawatan rombongan dari JPN dan Pegawai Pendidikan dan Pengetua dari Pulau Pinang.
10 Okt 1991 – Lawatan 3 orang doktor Pergigian dari China.
20 Nov 1991– Kunjungan rombongan Pegawai World Bank Appraisal Mission Washington D.C, USA.
https://yeb8205.1bestarinet.net/app/file/asset/3055EAC520030B77B177AFE7335200067747AA7C484324C1.jpg?width=1920&height=0&scale_mode=fill
https://yeb8205.1bestarinet.net/app/file/asset/306D197920030E1C7DD4FF4763FB730CFC14D97CFED49D96.jpg?width=1920&height=0&scale_mode=fill
1992
Blok kelas baru mula digunakan. 2 blok kelas dan 1 blok makmal sains dirobohkan untuk tapak Dewan Serbaguna, blok makmal Sains dan surau. 1 blok kelas lama diubahsuaikan untuk bengkel KHB/KMT. Berek guru mula dibina.
Nama–nama asrama ditukarkan kepada nama–nama bunga (asrama perempuan) dan burung (asrama lelaki).
Seramai 24 orang pelajar dalam arena sukan telah berjaya dipilih untuk mewakili Bahagian dan Negeri Sarawak dalam Kejohanan–kejohanan MSS Sarawak / Malaysia Olahraga, Bola Sepak (FAM / MILO / YAYASAN), Bola Kerajang (Remaja Kebangsaan / Antara Bahagian), Bola Jaring (SUKMA) dan Tenis (MSS Sarawak / Malaysia).
15 Jun 1992 – Buat julung-julung kalinya seorang pengetua bersara di SMK Serian.
Satu majlis besar–besaran diadakan untuk Puan Hajah Rohani bt Hj. Munir (AMM, PPB, ABS). Biodata Puan Hajah dirakamkan dalam Majalah Berdikari Edisi 27.
Jun 1992 – Penolong Kanan 1 , Encik Tan Ek Tee dan Penyelia Petang, Drs Ibrahim Shah juga turut meninggalkan SMK Serian. Masing–masing ditukar ke sekolah lain.
19 Jun 1992 – Encik Zulwali Kifli Merawi mengambil alih tugas sebagai Pemangku Pengetua. 

1995
Bilangan guru 105 orang, pelajar 2010 orang dan kakitangan sokongan 27 orang.
Lapan orang pelajar lepasan STPM 1994 ditawarkan untuk memasuki universiti tempatan.
20 Jan 1995 – Pn. Maimunah Bujang (Penolong PPB Bahagian Kuching / Semarahan) merasmikan Sukan Tahunan Sekolah Ke – 29.
Pemindahan perabot dan barang–barang dari bilik guru lama ke bilik baru.
Feb 1995 – Bumbung Blok Pentadbiran, Blok C dan Kuarters guru ditukar kepada atap ‘aspendek’. Dinding luar Dewan Makan, Blok Pentadbiran, Blok C dan Blok Makmal Rendah serta kuarters guru dicat semula.
Mac 1995 – Pejabat Am, Bilik Pengetua dan Penolong Kanan 1 dinaikkan taraf. Dinding pembahagi Pejabat Am dan Bilik Guru lama diubahsuaikan untuk memberi ruang kepada Bilik PK 2 (HEM) dan Penyelia Petang di dalam Pejabat Am. Tandas-tandas guru dan Pejabat Am dinaik taraf.
24 Mac 1995 – Pn. Dona Babel KPP Bahagian Penyeliaan Sekolah, En. Peter Foo Chee Hui (Nazir), Pn. Ellen Manium Engang (PP Ko-kurikulum), En. Ishak Hashim (PP Bahagian Penyeliaan Sekolah), En Abdul Rahman Sotol (Penyelia Kumpulan) dari JPNS membuat penilaian terhadap SMKS untuk dijadikan SEKOLAH HARAPAN NEGARA.
Jun 1995 – Bilik guru A dijadikan Bilik Kegiatan Guru. Bilik Sumber di tingkat atas Blok Pentadbiran diubahsuaikan untuk memperbesarkan Perpustakaan sedia ada. Bilik Rujukan di sebelah perpustakaan dijadikan bilik Komputer. Pemasangan hawa dingin di dalam Pejabat Am, Bilik Kegiatan Guru dan Bilik Komputer.
1 Julai 1995 – Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SMKS Ke – 9 oleh Y.B.En Richard Riot, MP Serian.
17 Julai 1995 – En. Ong Siang Phiaw (PK HEM) naik pangkat dan berpindah ke Sekolah Menengah Vokasional Miri sebagai Pemangku Pengetua. Encik Dingih Kihong dari Pejabat Pendidikan Negeri melaporkan diri untuk bertugas sebagai PK HEM baru SMK Serian.
18 Sept 1995 – Lawatan En Abdillah Adam (KPP P&B), En Mohd Pauzan Nuruddin (TKPP P&P) dan En Rosdi B. Hj. Dahlan (PP Bahagian).
Nov 1995 – Menaik taraf kantin sekolah. Memperbaiki bumbung laluan pejalan kaki yang sedia ada dan membina yang baru untuk menghubungi blok Makmal Sains Rendah dengan Blok A, Blok D dengan Bilik Guru & Dewan Sri Sadong dengan Blok KMT.
Dis 1995 – Bilik Kaunseling dan Bilik Pengawas diubahsuaikan untuk dijadikan bilik Kebal Pejabat Pendidikan Daerah Serian.
1996
Bilangan guru 105 orang, pelajar 2162 orang dan kakitangan sokongan 27 orang.
Pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Awam 1992 :

PMR – Liu Wei Ming (8As), Liew Hsia Jing (8As), Bibiana Laura Petter (7As) & 13 orang dengan sekurang-kurangnya 5As.

SPM – Kitty Bong (10 Unit) , Andrew Edmund John (11 Unit) , Brendan Kon (11 Unit) & 7 orang lain sekurang–kurangnya 15 Unit.

STPM – Chin Siaw Thin (3As,2Bs) & Sedia Ak Lungkam (3As,2Bs).
27 orang pelajar lepasan STPM 1995 dan seorang lepasan STPM 1994 ditawarkan masuk ke universiti tempatan.
1 April 1996 – En. Dingih Kihong (PK HEM) meninggalkan sekolah untuk bertugas semula di Pejabat Pendidikan Negeri (Bahagian Ko–Kurikulum).
19 April 1996 – Peninjauan Bilik Kebal oleh En. Abdul Hamid, En. Mohd. Fuad Bin Hj. Othman, En. Zamalludin Bin Ibrahim dan En. Ahmad Sabari Kasima.
Mei 1996 – Menaik taraf sistem pendawaian dari Fasal tunggal ke Fasal 3 di Blok Pentadbiran dan Blok Makmal Rendah.
12–15 Sept 1996 – Program Perkhemahan Motivasi Sekolah–Sekolah Rendah Daerah Serian anjuran PPD Serian diadakan di SMK Serian.
Ogos 1996 – Tandas di belakang Jimnasium diubahsuaikan untuk dijadikan stor peralatan pekerja Am.
Ogos 1996 – SMK Serian digunakan sebagai ‘Pusat Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Ke–7’.
17–18 Sept 1996 – Stor peralatan pekerja Am dirobohkan untuk membina sebuah pondok pelajar menunggu ibu bapa.
Sept 1996 – Membaiki dan menurap jalan raya utama di kawasan sekolah.
13 Sept 1996 – Lawatan rombongan Pengawas dari SMK Engkilili, Sri Aman.
26 Sept 1996 – Lawatan Kontingen Permainan Perbatasan Indonesia / Malaysia.
21 Nov 1996 – Majlis perpisahan untuk En Haili Bin Dolhan yang meninggalkan SMK Serian untuk melanjutkan pelajaran (PHD) di UK.    
1997
Bilangan staf akademik 107 orang, staf sokongan 27 orang dan pelajar 2108 orang.
Januari 1997 – Dr. Zulwali Kifli kembali ke SMK Serian dan menjadi Pengetua SMK Serian buat kali ke - 2. Walau bagaimanapun, beliau hanya bertugas di SMK Serian selama 6 bulan sahaja dan tugasnya diambil alih oleh PK 1, En. Douglas Ak Jaga.
Pelajar cemerlang dalam peperiksaan Awam 1997 :

PMR – Chong Fui Kian (8As), Victoria Petrus (7As), Jessica Sheira (7As), Rosalie Vera (7As), Liew Yiih Min (7As), Freddy Yeo (7As), Mohd. Tarmizi (7As) & 16 orang pelajar dengan sekurang–kurangnya 5As.

SPM – Chai Ching Ting (8 unit), Kiew Sin Cheng (9 unit), Rosli B.Rapaee (9 unit), Law Aik (10 unit) & 8 orang dengan sekurang–kurangnya 14 unit.
Pasukan atlit SMK Serian menjuarai Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Kuching / Semarahan 1997 dengan memenangi 21 pingat emas, 12 pingat perak dan 9 pingat gangsa. Bagi Kejohanan Peringkat MSS Sarawak pula, SMK Serian menjadi Naib Johan dan dihadiahkan sebanyak RM2000.00 sebagai Ganjaran Cabaran Caltex Techron 1998.
Mac 1997 – Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Serian dirasmikan oleh Y.B. En William Mawan Ak Ikom P.B.S, A.M.N, Menteri Muda Kewangan dan Kemudahan Awam Sarawak.
10 Mei 1997 – Seminar Pendidikan Zon C diadakan di SMK Serian. Ceramah 'Perlunya Pemikiran Kreatif dan Kritis Dalam Menghadapi Cabaran Abad Ke–21’ disampaikan oleh Ketua Sektor Perkhidmatan, Pengurusan dan Kakitangan Jabatan Pendidikan Tuan Hj. Dr Adi Badiozaman Tuah.
24 Mei 1997 – Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Bahagian Kuching / Semarahan berlangsung di SMK Serian. Dirasmikan oleh Y.B.En. Michael Manyin Ak Jawong A.M.N, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak.
1–3 Ogos 1997 – Kursus Motivasi Dan Teknik Belajar Cemerlang anjuran Jabatan KEMAS Sarawak untuk sekolah–sekolah menengah di Daerah Serian.
9 Ogos 1997 – Mesyuarat Agung PIBG SMK Serian dirasmikan oleh Y.B. En Awang Tengah Bin Ali Hassan A.M.N, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri.
10 Dis 1997 – Lawatan Pegawai Belia & Sukan Bahagian Semarahan En Sapiee Hj. Sam, perbincangan mengenai Program Khidmat Sosial Negara.
Dis 1997 – Puan Juita Bt Sepawi melapor diri bertugas sebagai Pengetua SMK Serian. 
 1998
Bilangan staf akademik 112 orang, staf sokongan 30 orang dan pelajar 2403 orang.
Ramai pelajar lepasan SPM dan STPM tahun 1997 melanjutkan pelajaran ke Institusi & Universiti Tempatan.
Pelajar cemerlang dalam peperiksaan Awam 1997

PMR – Jong Kiun Kiet (7As), Choo Chuk Fah (7As), Jong Wan Jow (7As), Afizan Bt. Zaini (7As), Diana Ak. Girim (7As), Gilbert George (7As), Victor Charlie Ak Andin, Audra Tom & 13 orang dengan sekurang–kurangnya 5As.

SPM – Liu Wei Ming (8 Unit), Liew Hsia Jing (8 Unit), Chai Sze Hung (9 Unit), Norashykin Bt Ibrahim (10 Unit), Chai Lee Sze (10 Unit), Janet Kon (10 Unit) & 11 orang lain dengan sekurang–kurangnya 14 unit.

STPM – Chai Shih Hui (4As), Bong Lee Phin (3As)
Seramai 47 orang (yang dapat dikesan) melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.
9 Jan 1998 – Lawatan Muhibah oleh Pegawai Pendidikan Serian En Awg. Jubli Awg. Tahot. Hj. Su’ut.
14 April 1998 – Penyelidikan JRPA “Peranan Bahasa & Kesusasteraan dalam pembangunan negara bangsa” dijalankan oleh pensyarah–pensyarah UKM, Dr. Teo Kok Seong & Pn. Mazli Bt. Shahurain.
12 May 1998 – Kursus “Food Handlers Course” untuk tukang masak sekolah diadakan oleh Inspektor Kesihatan PKD Serian.
23–24 April 1998 – Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah oleh Y.B. En. Richard Riot, Ahli Parlimen.
24 Julai 1998 – Lawatan rombongan “Dance Instructor” dari Kampung Budaya Sarawak.
25 Julai 1998 – Ceramah KBKK oleh Penolong Ketua Nazir Sekolah En Then Hon Chew dan nazir–nazir sekolah, En Kalana Ali Hassan & En Rasikin Mohd Sabiran.
23 Ogos 1998 – Perasmian Mesyuarat Agung PIBG oleh Y.B Datuk Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg PNBS, JBS, Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak.
10 Dis 1998 – Lawatan “BENCHMARKING” oleh guru–guru SMK Meradong.    
1999
Bilangan staf akademik 117 orang, staf sokongan 30 orang, pelajar 2617 orang.
5 Jan 1999 – Pemeriksaan pengurusan Minggu Pertama Persekolahan oleh Nazir sekolah, JNSS, Kuching, En Matthew Jikeh Nowek.
Pelajar cemerlang dalam peperiksaan Awam 1999:

PMR – Liew Nyuk Hsia (8As), Bob Klajo Ak Edmund (7As), George Karung Ak Barat (7As,1B), Pang Jia Hwey (7As,1B), Nurhafizah Bt Uteh (7As,1B) & 11 orang dengan sekurang–kurangnya 5As.

SPM – Liew Yiih Min (6 Unit), Chong Fui Kian (8 Unit), Chong Sai Khon (8 Unit), Rosalie Vera Dounlas (8 Unit), Chai Kian Hoh (10 Unit), Ammie Ak Utin (10 Unit), Kathleen Mildred Ak Nejos (10 Unit) & 9 orang dengan sekurang–kurangnya 15 Unit.

STPM – Liu Chiew Li (76 Unit), Law Aik (76 Unit), Flora Ruby (74 Unit), Freddy Jangen (74 Unit) dan Liza Betsy Jerry (72 Unit), Mohd Haszri B. Sapini (69 Unit), Elsie Henry (68 Unit) & Iffarizan Bt Saieet (68 Unit).

MUET– Tahun pertama Pelajar Tingkatan 6 Atas diwajibkan menduduki Peperiksaan MUET (Malaysia University English Test)
12 Jan 1999 – Lawatan Penilaian Anugerah Koperasi Sekolah oleh En. Jimmy Chia Chau Tei, Penolong Pengarah, Jabatan Penbangunan Koperasi, Sarawak.
22 – 26 Mac 1999 – Junria a/p Rut menjadi “Olahragawati Perempuan C” dalam Kejohanan Olahraga MSS Bahagian Kuching / Samarahan manakala Liew Chin Fatt, Carol Ak Akup juga merupakan penerima pingat emas dalam acara Merejam Lembing & 100M Lompat Pagar masing–masing.
14–16 April 1999 – Kejohanan Olahraga MSS Sarawak di Sarikei, atlit SMK Serian terpilih adalah Norkiah Madel, Junria Rut, Hyacinth, Paula Asoi, Lee Hon Boon, Mazlan B. Chee.
19–23 Mei 1999 – Atlit SMK Serian yang berjaya ke Kejohanan Olahraga MSSM Sabah ialah Norkiah Madel (Pingat Emas 100M & Pingat Perak 400M Lompat Pagar), Lee Hon Boon (Pingat Emas & rekod baru 110M Lompat Pagar & Pingat Perak 400M Lompat Pagar) & Paula Asoi.
31 Mac – 9 April 1999 – Minggu Bahasa Melayu, Sastera & Budaya, anjuran Unit Bahasa SMK Serian, dirasmikan oleh PK 1 SMK Serian, En. Milon Ak Sayeng.
22 – 23 April 1999 – Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah oleh En. Abdillah Bin Adam, Pegawai Pendidikan Bahagian Kuching/ Semarahan.
15 Ogos 1999 – Perasmian Mesyuarat Agong PIBG oleh Y.B. En Michael Manyin Ak Jawong AMN, PPS, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak.

21 Ogos 1999 – Ceramah Pencegahan Kebakaran oleh En Jefferay Khoo, Pegawai Penjaga Balai Bomba Serian.
31 Okt 1999 – Perasmian Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Ko– Kurikulum oleh Y.B En Frederick Bayoi Ak Manggie AMN, Adun N17 Kedup.

15 Nov 1999 – Perasmian Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Ko–Kurikulum oleh Tuan Hj Putit Matzen AMN, PBS, PPB, Pengarah Pendidikan Sarawak.    
2000  
Bilangan staf akademik 123 orang, staf sokongan 31 orang, dan pelajar 2763 orang.
Sekolah Ke Kerjaya (SKK) mula ditawarkan kepada pelajar terpilih Tingkatan 4.
Pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Awam 2000 :

PMR – Chong Fui Yee (8As), Yeo Ping Chieh (8As), Freddie Atuk (8As), Teo Chui Suang (8As), Lau Hieng Ye (7As,1B), Hafiz B. Imam (7As,1B), Lee Chiaw Mei (7As,1B), Noraini Azman (7As,1B), Bong Ker Lee (7As,1B), Yeo Hui Cheng (7As,1B), Chong Fui Yzoo (7As,1B), Dyg . Mimie(7As) & 6 orang dengan sekurang-kurangnya 6As.

SPM – Choo Chuk Fah (6A1,6A2,1B3), Jong Wan Jow (6A1,1A2,3B3), Jong Kiun Kiat (6A1,2B3,1B4), Fong Tung Jan (6A1,2B4), Hii King Wou (6A1, 1B4), Chong Ching Tat (5A1,1A2,1B4), Bong Pai Ho (5A1,1A2). Sijil Terbuka SPM diperkenalkan tahun ini.

STPM – Malissa Harry Mien (66 Unit), Jubin Ak Ili (64 Unit), Chai Lee Sze (64 Unit) & Sungbuly Bandaryne (62 Unit).

MUET – Keputusan terbaik adalah Band 4
27 Jan 2000 – Tinjaun Budaya Sekolah oleh rombongan SPA, JPNS.
17 Feb 2000 – Mendapat aktiviti Majalah Pelajar Radio Pendidikan.
4–5 Mac 2000 – Program Mahasiswa Bersama Pelajar (PMBP), anjuran ESKO Akademik Persatuan Anak Sarawak USM.
27 Mei – 4 Jun 2000 – Pasukan Pengakap SMK Serian menyertai Jamboree BIMP–EAGA Sarawak 2000 di Matang Kuching.
20–23 Jun 2000 – Seramai 65 orang atlit SMK Serian terlibat dalam Kejohanan MSSM Bahagian Kuching/ Semarahan dan menduduki tempat ke–4; menjadi Naib Johan dalam Perempuan B, Lelaki C dan Lelaki A. Atlit–atlit : Mohd Hafis, Lee Hon Boon, Hyacinth, Liew Chen Siong, Junria Rut Carol Akup & Mazlan terpilih ke Kejohanan MSS Sarawak.
24 Jun 2000 – Jogerton PIBG diadakan.

24 Julai 2000 – Ceramah Dadah Oleh Pegawai–pegawai Penyiasat / Pemulihan dari Jabatan Narkotik Kuching/Agensi Dadah Kebangsaan.
25 Julai 2000 – Ceramah oleh En. Bolkiah Bin Srah, Inspektor Penjara Sarawak.
30 Julai 2000 – Perasmian Perayaan Hari Keluarga SMK Serian oleh Y.B. En Richard Riot Ak Jaem JBS, KMN, Ahli Parlimen P173.
28 Sept 2000 – Kunjungan oleh Rombongan KALBAR (Kalimantan Barat) yang diketuai oleh Dr Sheikh Ahmadin.
1 Okt 2000 – Perasmian Mesyuarat Agung PIBG oleh Y.B.Datuk William Mawan Ak Ikom, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Dan Perhubungan PGDK, AMN, PBJ.
3 Okt 2000 – Kursus Pengajian Sains dan Teknologi berkonsepkan Sekolah Bestari diadakan di SMK Serian.
7 Nov 2000 – Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah SMK Serian dirasmikan oleh En. Isaka Kana, Pegawai Daerah Serian.
Anugerah Pengurusan Kewangan & Perakaunan Peringkat Negeri Sarawak Kategori SMK. Di Sarawak. (Tempat ke-2 Sijil & RM1,200.00) 
 2001
Bilangan staf akademik 126 orang, staf sokongan 31 orang dan pelajar 2768 orang.
Pelajar Cemerlang dalam Peperiksaan Awam 2001 :

PMR – Nur Amalina Bt Mohd Amin (8As), Liu Wan Ping (8As), Noor Affizah Bt Bujang Saili (7As, 1B), Pang Jia Lin ( 7As,1B) & 6 orang dengan 6As.

SPM – Bob Klajo Ak Edmund John (6A1,1A2,1B3,1B4), Liew Nyuk Hsia (4A1,4A2, 2B3), Tsai Chun Kai (2A1, 5A2, 2B3, 1B4), Gabriel Ak Nuren ( 2A1, 5A2, 2B4), Chai Cheon Ghim (3A1, 1B2, 2B3, 2C5).

STPM – Then Pet Jun (3As1C) & Patemah Bt. Bujang (2As, 1B, 1D).

MUET – Magdalen Bong Chui Nyuk (Band 5).
Majalah Berdikari 2001 memenangi Tempat Ke–2 (Kategori Bahasa Melayu Keseluruhan) dalam Pertandingan “Hadiah Penulisan & Penerbitan Majalah Sekolah–Sekolah Menengah Negeri Sarawak 2001”, anjuran Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Hadiah: RM1500.00 & Plaque.
21 Mac 2001 – Kelab Pencegahan Jenayah SMK Serian ditubuhkan dan dirasmikan oleh Chief Inspektor Mohd Zaini B. Mat Zin, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serian.
28 Mac 2001 – Ceramah Agama Maal Hijrah diadakan di SMK Serian bertujuan membiasakan pelajar Islam dengan hari – hari kebesaran Islam di samping memenuhi aktiviti persatuan, seramai 200 orang pelajar Islam menghadiri ceramah ini dan penceramah ialah Ustaz Azmi Bin Sya’ri dari Kuching.
15–16 Mac 2001 – Kejohanan Sukan Tahunan SMKS dirasmikan oleh Y.B. En. Michael Manyin, Menteri Muda Kewangan dan Kemudahan Awam.
April 2001 – Buat kali pertama Unit Bahasa SMKS yang diketuai oleh En. Gladdy Legan, Guru Kanan Unit Bahasa, telah mengadakan aktiviti Bulan Bahasa dan Budaya yang bertemakan “Bahasa & Budaya Teras JatiDiri”. Pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Pidato, Bahas, Forum, Berbalas pantun, Drama, Kuiz Kenegaraan bercerita dan lain–lain diadakan sepanjang bulan tersebut. Upacara penutupan dirasmikan oleh En. Stephen Naidi Gadung, Pegawai Pendidikan Daerah Serian.
2 April 2001 – SMK Serian berjaya menganjurkan Majlis Tadarus Al–Quran untuk sekolah–sekolah rendah dan menengah Peringkat Bahagian Kuching / Semarahan. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dr. Hj. Julaihi Bin Hj. Bujang, Pegawai Pendidikan Bahagian Kuching/Semarahan.
17–20 April 2001 – Dalam Kejohanan Olahraga MSS Sarawak yang berlangsung di Miri, atlit–atlit SMK Serian khasnya Liew Chen Siong, Lee Hon Boon, Junria Rut, Miskan Jomi, Jong Ting Kai dan Carol Akup telah membawa balik 4 Pingat Emas, 6 Pingat Perak dan 8 Gangsa. Dengan keputusan yang membanggakan ini, Lee Hon Boon, Liew Chen Siong dan Jong Ting Kai telah dipilih untuk mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Olahraga MSSM Ke – 43 di Selangor. Liew Chen Siong memenangi satu pingat dalam acara lontar peluru (Lelaki A), Jong Ting Kai memenangi 1 pingat emas ( Mencipta Rekod Kebangsaan) dalam acara lontar peluru (Lelaki B) dan Lee Hon Boon pula mendapat satu gangsa dalam acara 110M Lari Berpagar.
9–14 Julai 2001 – Jong Ting Kai memenangi Pingat Perak dalam acara melontar peluru dalam Kejohanan WALAA / MSSM / SSSC Track & Field International Meet di Singapura.
30–31 Ogos 2001 – Liew Chen Siong pula memenangi Tempat Ke–2 dalam acara melontar peluru juga dalam Kejohanan ASEAN School Track & Field Championship yang berlangsung di Bangkok, Negeri Thailand.
22–27 Julai 2001 – Seramai 8 ahli Kadet Bomba & Penyelamat SMK Serian terpilih untuk menyertai Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan Ke–12 di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Ogos 2001 – Bilik Kebal baru yang bersebelahan dengan Blok B mula beroperasi dengan Peperiksaan UPSR. Bilik Kebal lama diambilalih oleh sekolah untuk digunakan sebagai stor kertas cetakan.
3–9 Sept 2001 – Prostarian SMK Serian ke Konvensyen PROSTAR Peringkat Kebangsaan di Cameron Highland, Pahang.
Oktober 2001 – Pengetua SMK Serian Pn. Juita Bt. Senawi, meninggalkan SMK Serian untuk melanjutkan pelajaran di UKM. En Milon Ak Sayeng selaku PK 1 SMK Serian menjalankan tugas Pengetua juga.
1 Nov 2001 – Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah SMK Serian 2001 dirasmikan oleh En. Stephen Naidi Gadug, Pegawai Pendidikan Daerah Serian.
7 Dis 2001 – Menerima sebuah bas sekolah dari JPN dan bas Shed dibina bersebelahan dengan surau sekolah.    
2002
 Bilangan staf akademik 123 orang, staf sokongan 28 orang dan pelajar 2720 orang.
7 Jan 2002 – Lawatan Hari Pertama Persekolahan oleh Nazir Sekolah En. Su Hiong Ai & En. Juanang Tinin, JNSS Kuching.
Pelajar cemerlang dalam peperiksaan Awam 2002 :

PMR – Abisina B. Bujang Saili (8As), Nur Izzah Bt Osman (8As), Nur Azimah Bt Azman (8As), Bong Sze Nee (7As), Bong Fung Ai (7As), Yeo Xin Yii (7As), Katherina Ak Jangen (7As) dan 12 orang dengan 6As atau 5As.

SPM – Chong Fui Yee (8A1, 1A2), Freddy Ak Atuk (6A1, 2A2, 1B3), Pui Chai Fung (5A1, 3A2, 2B3), Lee Chiaw Mei (5A1, 2A2, 1B3, 1B4), Hafiz B. Iman (5A1, 2A2, 1B3, 1B4), Teo Chui Suang (3A1, 6A2, 1B3), Chong Fui Yzoo (3A1, 5A2, 1B3).

STPM – Fazley B. Jamaluddin (4As), Sabtuyah Bt. Ahmad (4As), Norizan Bt. Matsen (3As, 1B), Thien Hian Fah ( 3As, 1B), Zachary Ak Andrew (3As, 1B).

MUET – Keputusan terbaik adalah Band 4.
9 orang pelajar lepasan SPM berjaya masuk Matrikulasi Sains, Cermai Jaya, Kuching.
Majalah Berdikari 2002 memenangi Tempat Ke–3 (Kategori Bahasa Melayu Keseluruhan) dalam Pertandingan “Hadiah Penulisan & Penerbitan Majalah Sekolah–Sekolah Menengah Negeri Sarawak 2002”, anjuran Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Hadiah: RM 1000.00 & Plaque.
8 Mac 2002 – Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Ke–37 dirasmikan oleh En Stephen Naidi Gadug, Pegawai Pendidikan Daerah Serian.
Mac 2002 – Dalam Kejohanan MSSM Bahagian Kuching/Semarahan, pasukan atlit SMK Serian menduduki Tempat Ke–6 kali ini dengan memenangi 10 Pingat Emas, 5 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa.
16–19 April 2002 – Dalam Kejohanan Olahraga MSS Sarawak Ke -30, atlit SMK Serian (Junria Rut, Carol Akup, Raphael Ak Chanui, Grace Advent Avit, Barbara Ak Siba, Jesica Uking, Norliza Bt Jumat & Jong Ting Kai) telah membawa balik 3 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 3 Pingat Gangsa.
Junria Rut dipilih untuk mewakili Negeri Sarawak ke Sukan SUKMA setelah muncul sebagai Johan Perempuan A dalam Kejohanan MSS Sarawak. Dalam permainan pula, Bola Sepak (menyertai Piala Taha Taib, Piala Emas, Piala Yayasan & Piala Coca–cola di Pulau Pinang), manakala Bola Tampar, Sepak Takraw, Badminton, Hoki, Ping pong & Bola keranjang, (MSSM Zon C, Bahagian Kuching/Semarahan).
April 2002 – “Aktiviti Bulan Bahasa dan Budaya” dianjurkan oleh Unit Bahasa. Pelbagai aktiviti dan pertandingan berkaitan dengan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Iban diadakan. Pelancaran Bulan Bahasa ini dirasmikan oleh En. Steve Bodin, YDP PIBG SMK Serian.
6 Mei 2002 – Ceramah Alam Sekitar dan Pameran Alam Sekitar oleh Pegawai–pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Kuching.
8 Jun 2002 – Perjumpaan STU dan guru–guru SMK Serian oleh En. William Ghani Bina, Presiden STU.
29 Jun 2002 – Jogerton PIBG SMK Serian diadakan.
17 Ogos 2002 – Mesyuarat Agung PIBG SMK Serian sesi 2002/2003 dirasmikan oleh Y.B.Datuk Michael Manyin Ak. Jawong (PGBK, AMN, PPT) Menteri Perumahan Sarawak.
5 Nov 2002 – Majlis Penyampaian Sijl Dan Hadiah 2002 dirasmikan oleh En. Stephen Naidi Gadug, Pegawai Pendidikan Daerah Serian.    
2003
Bilangan staf akademik 128 orang, staf sokongan 29 orang dan pelajar 2772 orang.
SMK Serian masih belum mempunyai Pengetua. PK 1, En Milon Ak Sayeng masih Menjawat tugas Pengetua SMK Serian.
Pelajar cemerlang dalam peperiksaan Awam 2003 :

PMR – Abdul Azim B. Ahmad Zaini (8As), Chung Swin Xin (8As), Afi Bazilah Bt. Abu (8As), Jessica Jane Ak Andin (8As), Tina Carmillia Ak Adrian (7As), Sonia Lau Yen Kung (7As, 1B), Yap Shao Dong (7As, 1B) dan 8 orang dengan 6As.

SPM – Kim Stephanie Ak Adrian (7A1, 1A2, 1B3), Nurul Fatiha Bt. Azman (6A1, 3A2), Pang Jia Lin (6A1, 3A2, 1B3), Rosaini Bt. Rosli (5A1, 2A2, 1B3, 1B4), Ambrose Ak Jerome (5A1, 1A2, 2B3, 1B4), Phang Chan Seng (4A1, 3A2, 2B3, 1B4).

STPM – Chong Hui Li (4As), Voon Siaw Ling (1A, 2A-, 1B+), Melissa Bt Posa @ Johar (1A, 2A-, 1B+), Lai Nan Jung (2A, 1B, 1B-), Lee Jan Foon (2A, 1B+, 1C+), Wong Woan Jiun (2A, 1B+, 1C+), Cassey Ak Kahar (2A, 1B, 1B-).

MUET – Pang Jia Hwey (Band 5).
18–21 Mac 2003 – Kejohanan Olahraga MSSM Bahagian Kuching / Semarahan – Menduduki Tempat Ke–5 dengan 6 Pingat Emas.
14–17 April 2003 – Kejohanan Olahraga MSS Sarawak – 6 orang atlit (Grace Advent Avit, Norafizah, Carol Akup, Miskan Jomi, Siti Saezah & Jong Ting Kai) terlibat dan memenangi 1 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa.
18–21 Mei 2003 – Kejohanan SUKMA – Grace Advent Avit (Tempat Ke-4 dalam acara Lontar Peluru).
April 2003 – Bulan Bahasa, anjuran Unit Bahasa dijalankan seperti biasa.
Mei 2003 – Seramai 15 orang pelajar lepasan SPM 2002 ditawarkan ke Matrikulasi Sains, Labuan.
19 Sept 2003 – Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar Asrama PMR / SPM / STPM diadakan di Dewan Sri Sadong SMKS oleh Dr. Shafiee Bin Hj. Lugom.
23 Sept 2003 – Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Ko-Kurikulum 2003 dirasmikan oleh En. Stephen Naidi Gadug, Pegawai Pendidikan Daerah Serian.
31 Okt 2003 – Majlis Penyampaian Hadiah Dan Sijil dirasmikan oleh En Federick Bayoi Ak Manggie AMN Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N17 Kedup.
16 Nov 2003 – En Ensnat Bin Hj Sauri melaporkan diri bertugas sebagai PK 1 SMK Serian.
10 Dis 2003 – Tandas Blok A diubahsuai menjadi Bilik Matapelajaran Vokasional (MPV).
15 Dis 2003 – Sebuah Bilik Komputer E - Perolahan & ESPKB (Bilik Komputer Sistem–On–Line) untuk kewangan sekolah disediakan dalam Pejabat Am SMK Serian.
31 Dis 2003 – Sebuah Makmal Komputer Pelajar (SchoolNet) siap dibina dan ianya terletak di belakang Blok Gymnasium. Pra Penyerahan Makmal Komputer Telah dilakukan pada 14 Nov 2004. 
​2004
Bilangan Staf akademik meningkat lagi menjadi 131 orang, staf sokongan 32 orang dan pelajar 2807 orang.
Subjek MPV (matapelajaran Vokasional) mula ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4.
19 Jan 2004 – En Matnoh Hj Minan AMN, melapor diri bertugas sebagai Pengetua SMK Serian.
14 Feb 2004 – Majlis Perpisahan untuk En Milon, bekas PK 1 SMK Serian yang sekarang bertugas sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Padawan, Sg Maong, Kuching.
16 Feb 2004 – Program Khidmat Negara buat kali pertama diadakan untuk pelajar lepasan SPM 2003. Puluhan pelajar SMK Serian terpilih menyertai program 3 bulan ini.
27 Mac 2004 – Menganjur Majlis Tadarus Al–Quran untuk sekolah–sekolah rendah dan Menengah Daerah Serian. Majlis Penutupan dirasmikan oleh En . Abg Mordian Abg Gabil, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Serian.
30 Mac 2004 – Taklimat hal – hal perkhidmatan oleh En Hassan Wa’Gani (Penolong Pengarah Kanan, JPNS), En James Sidek (Penyelia Kumpulan, JPNS) & En Gan Peng Aun (Penolong Pegawai Tadbir N32, JPNS), Kuching.
14 April 2004 – Demostrasi Anjing Pengesan Dadah oleh Pegawai – pegawai Kastam, Kastam Diraja Malaysia Unit Narkotik Kuching.
15 April 2004 – Ceramah Kesihatan berkaitan dengan Penyakit berjangkit oleh Inspektor Kesihatan Serian.
28 April 2004 – Kursus “Jerayawara Meningkat Kesedaran Dan Minat Terhadap Sains Dan Teknologi” anjuran Jabatan Ketua Menteri.
10 Mei 2004 – Seramai 20 orang pelajr lepasan SPM 2003 ditawarkan ke Matrikulasi Sains Labuan.
12 Mei 2004 – Kejohanan Sukan Tahunan Ke-39 SMK Serian dirasmikan oleh En Sukeman Suradi, Pegawai Pendidikan Bahagian Semarahan. Buat kali pertama 12 pasukan rumah sukan mengikut Kelas A, B, C …… diadakan. Ramai pelajar terpilih untuk mewakili rumah masing–masing dan para peserta tahun ini telah menunjukan semangat kesukanan yang amat menggalakkan.
10 Julai 2004 – Majlis Penyampaian Hadiah Jogerton & Pelancaran Rasmi Sambutan Perayaan Jubli Delima SMK Serian (1964-2004) yang bertemakan “SMK Serian Ke Arah Keunggulan” dirasmikan oleh Y.B.En Richard Riot Ak Jaem JBS, KMN, Ahli Parlimen Malaysia, P.199 Serian.
17 Julai 2004 – Majlis Perasmian Hari Terbuka SMK Serian sempena sambutan Jubli Delima oleh Y.B.En Frederick Bayoi Manggie AMN, PBS Adun N.17 Kedup. Pesta jualan/Jumble Sale, Senamrobik, Ceramah Motivasi Pelajr Tahun 6 & Pameran Kelab/Persatuan turut diadakan.
20 Julai 2004 – Kajian keberkesanan Program NILAM (Kebangsaan) oleh Dr Ismail Sheikh Ahmad, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Cik Annie Teresa John, Pegawai Teknologi Pendidikan , Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak.
31 Julai 2004 – Ceramah KeIbuBapaan yang bertajuk “Mendidik Anak Ke Arah Kecemerlangan” oleh En Ahmad Bin Sabu AMN, ABK, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Seramai lebih kurang 500 orang hadirin yang terdiri daripada ibu bapa dan guru ini bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah serta bilik–bilik kelas dan mengecat blok–blok bangunan sekolah selepas ceramah tersebut. Kerja mengecat diteruskan dan disiapkan oleh beberapa orang kakitangan sokongan SMK Serian.
14 Ogos 2004 – Majlis Penutupan Jubli Delima SMK Serian disempurnakan oleh Y.B.En Frederick Bayoi Manggie ADUN N. 17 Kedup. Bekas–bekas pengetua dan YDP PIBG SMK Serian dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut. Mereka diberi sijil penghargaan dan cenderamata bagi mengenang jasa yang pernah mereka curahkan di SMK Serian. Pada majlis tersebut, sijil dan cenderamata turut disampaikan kepada guru-guru dan kakitangan yang telah berkhidmat selama 15 tahun ke atas di sekolah ini. Sijil penghargaan juga disampaikan kepada ibu bapa yang telah berjaya membimbing anak–anak mereka sehingga berjaya. Majlis ini turut diserikan dengan upacara pemotongan kek hari jadi sekolah yang dilakukan oleh tetamu kehormat, bekas–bekas pengetua dan juga Yang Dipertua PIBG. Yang Berhormat dan tetamu jemputan juga dibawa melawat pameran Sejarah Perkembangan SMK Serian.


No comments:

Post a Comment